Panas, kecoh, provokasi, ini penjelasan SPR

Iklan
Azhar Azizan ditemui selepas membuat buang undi di Pusat Mengundi,SMK Bandar Rinching,Semenyih. - Foto Sinar Harian/ZAHID IZZANI
SEMENYIH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), akan menjalankan siasatan penuh berhubung , 'perang' provokasi dan pelanggaran peraturan yang dilakukan calon yang bertanding pada PRK DUN Semenyih.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat untuk mengambil tindakan lanjut.

"Kita akan siasat, apabila saya menerima maklumat (laporan) itu saya terus panjangkan kepada pihak sekretariat untuk kita ambil tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di SMK Bandar Rinching di sini, hari ini.

Iklan
Iklan

Sebelum itu Calon PH Muhammad Aiman Zainali pagi tadi 'terkempen' kepada pengundi meskipun perkara itu menyalahi peraturan SPR.

Dalam pada itu perang provokasi tercetus apabila kain rentang yang memaparkan wajah Datin Rosmah Mansor menimbulkan perasan kurang senang dalam kalangan penyokong BN

Iklan

Mengulas lanjut katanya, SPR berusaha sehabis baik untuk memastikan kelancaran PRK kali ini.

"Setakat ini alhamdulillah saya rasa PRK kita masih terkawal dan berjalan lancar," katanya.

Iklan