KUALA LUMPUR - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) untuk rekod Penyertaan Terbesar Bagi Persembahan Lagu Secara Maya sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-64.
Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, rekod itu disahkan MBOR semasa sesi nyanyian beramai-ramai lagu Tanggal 31 Ogos dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad secara serentak pada 20 Ogos lalu melibatkan lebih 3,000 warga kerjanya.