MB Johor harap pertukaran portfolio tidak jejas proses vaksinasi
Iklan
Datuk Hasni Mohammad
JOHOR BAHRU - Pertukaran portfolio Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan Datuk Seri Dr Adham Baba melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diharap tidak menjejaskan program vaksinasi di negeri ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berharap, perancangan kerajaan negeri untuk menerima 490,000 vaksin setiap minggu akan dapat dibekalkan seperti yang dijadualkan.
Iklan
Iklan
"Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang baharu, Datuk Seri Dr Adham Baba akan membantu Johor mencapai lebih 50 peratus golongan dewasa yang sudah menerima vaksin pada pertengahan September ini," katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Johor di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, kerajaan negeri sudah memperoleh dua juta dos vaksin Covid-19 pada bulan ini dan akan meneruskan usaha mendapatkan vaksin sebanyak mungkin.
Iklan
"Kita juga sememangnya mempunyai jumlah pusat pemberian vaksin (PPV) yang mencukupi dan mampu menyuntik kira-kira 70,000 dos sehari.
"Walau ada pihak yang tidak begitu selesa dengan jumlah vaksin yang dianggap perlu tingkatkan di Johor, kerajaan negeri sentiasa kerjasama dengan MOSTI untuk mendapatkan pertambahan vaksin," katanya.
Iklan
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan memperluaskan ujian saringan Covid-19 secara bersasar bagi membolehkan pengesanan dan pengasingan individu yang positif dapat dilakukan secara berkesan.
Langkah itu katanya, perlu dilaksanakan untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 sementara menunggu vaksin tambahan ke negeri ini.
"Selagi kita tidak perluaskan ujian bersasar ini di lapangan, maka kita akan dapati kaedah memberi vaksin adalah jalan keluar.
"Sementara kita menunggu lebih banyak vaksin diterima, kita perlu lakukan pengasingan mereka yang positif Covid-19 atau sebaliknya.
Katanya, antara faktor peningkatan kes Covid-19 di negeri ini berpunca daripada kawasan penempatan pekerja industri yang menyebabkan kaedah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasa.
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri secara berterusan akan berusaha meningkatkan liputan bagi penerima vaksin di negeri ini.
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.