Sabah rekod 41 kematian akibat Covid-19 hari ini
Iklan
Foto 123RF
KOTA KINABALU - Sabah merekodkan 41 kematian akibat Covid-19 hari ini manakala kes jangkitan baharu yang dilaporkan adalah 3,010 kes, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.
Masidi yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, kes kematian itu dilaporkan di sembilan daerah iaitu 19 di Kota Kinabalu, Sandakan (lima), Tuaran (empat), Penampang dan Keningau masing-masing tiga kes, Beaufort, Lahad Datu dan Kalabakan masing-masing dua kes manakala Tenom hanya satu kes.