50.5 peratus responden bimbang hilang kerja dalam tempoh 12 bulan
Iklan
Gambar hiasan.- Foto 123rf
SHAH ALAM - Kajian Pusat Penyelidikan Undian UCSI mendapati 50.5 peratus responden dalam kalangan pekerja di negara ini menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan kehilangan pekerjaan atau diberhentikan kerja dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Berdasarkan kajian itu, 42.8 peratus responden memilih sebaliknya manakala 6.7 peratus pula tiada pendapat mengenai kemungkinan kehilangan pekerjaan dalam tempoh tersebut.
Iklan
Iklan
Pusat Penyelidikan Undian UCSI dalam kenyataan memaklumkan, kaji selidik itu melibatkan pendapat 971 rakyat Malaysia yang bekerja dan keputusan kajian dianalisis mengikut kumpulan umur.
"Kami dapati lebih tua kumpulan umur itu maka lebih tinggi kemungkinan mereka berpendapat bakal kehilangan pekerjaan atau diberhentikan kerja dalam tempoh 12 bulan ke depan berbanding kumpulan umur yang lebih muda,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Kenyataan itu turut menyebut, kajian sama juga melibatkan kepuasan terhadap pekerjaan dan tempat kerja dengan 73.9 peratus responden didapati berpuas hati berbanding 24.7 peratus memilih tidak berpuas hati dan selebihnya, tiada pendapat.
"Secara umumnya, pekerja terbabit gembira dengan pekerjaan mereka dan manfaat yang disediakan oleh majikan namun bimbang kemungkinan bakal kehilangan pekerjaan atau diberhentikan dalam tempoh 12 bulan ini.
Iklan
"Malaysia perlu segera mencapai imuniti kelompok demi melawan Covid-19 dan beralih ke fasa seterusnya untuk pemulihan ekonomi bagi memastikan ekonomi segera stabil sekaligus menjamin pekerjaan kepada rakyat di negara ini,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>