KUALA LUMPUR - Malaysia mencapai 60.2 peratus populasi dewasa atau 14,095,554 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat pada Khamis, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
JKJAV menerusi perkongsian maklumat dalam laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan seramai 18,948,648 individu atau 80.9 peratus sudah menerima dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam (Khamis) sebanyak 33,044,202 dos.