Penutupan Jalan Johar, lorong kanan Lebuh Raya Sprint mulai Sabtu ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Laluan trafik dari Kuala Lumpur menghala ke Jalan Johar, Bangsar melalui Lebuh Raya SPRINT akan ditutup sepenuhnya mulai 28 Ogos ini hingga Mac 2022.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja membina jalan raya bertingkat dari persimpangan Lebuh Raya SPRINT/Jalan Maarof ke persimpangan Lebuh Raya Sprint/Jalan Semantan.