42.4 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 42.4 peratus populasi keseluruhan di Malaysia atau 13,842,928 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Menerusi perkongsian maklumat di laman Twitter rasmi, JKJAV memaklumkan setakat semalam juga, seramai 18,792,979 individu atau 57.5 peratus sudah menerima dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 32,635,907 dos.