162 delegasi bakal sertai Paralimpik Tokyo

Iklan
Pekerja membersihkan kawasan sekitar maskot Paralimpik Tokyo 2020, Miraitowa (kiri) dan Someity menjelang pembukaan temasya pada Selasa malam. - Foto Bernama

TOKYO - Sebanyak 162 delegasi akan menyertai upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo di Stadium Olimpik pada Selasa malam, menurut pihak penganjur.

Tokyo 2020 dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah perwakilan kali ini melebihi penyertaan pada Olimpik Rio 2016, iaitu sebanyak 159, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Pasukan Paralimpik Pelarian mengambil bahagian buat kali kedua, manakala lima lagi negara bakal membuat penampilan sulung iaitu Bhutan, Grenada, Maldives, Paraguay, St Vincent serta Grenadines.

Paralimpik London 2012 mengekalkan rekod penyertaan tertinggi setakat ini iaitu 164 delegasi.

Iklan

Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Andrew Parsons berpuas hati dengan maklum balas positif mengenai kejohanan itu yang akan diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19.

"Saya mengalu-alukan penyertaan 162 delegasi di Tokyo. Pujian wajar diberikan kepada Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) masing-masing yang bertungkus lumus mempersiapkan atlet mereka,” katanya.

Iklan

Sementara itu, 21 negara dan wilayah tidak dapat bertanding kali ini disebabkan isu perjalanan dan beberapa masalah lain. - Bernama