Paralimpik Tokyo 2020: PM harap sasaran tiga emas dapat dicapai

Iklan
Ismail Sabri melahirkan harapannya kepada Chef de Mission Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Datuk Sri Megat D Shahriman Zaharuddin pada satu sidang video.

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap sasaran tiga emas pada temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 dapat dicapai.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Ismail Sabri menyampaikan harapan tersebut menerusi sidang video bersama Chef de Mission Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Datuk Sri Megat D Shahriman Zaharuddin yang turut disertai 22 atlet pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Pada sesi interaksi tersebut, Ismail Sabri berharap sasaran emas dapat dicapai seterusnya menyaksikan Jalur Gemilang berkibar dan lagu Negaraku berkumandang di bumi Tokyo," katanya.

Kontinjen negara turut diingatkan supaya sentiasa menjaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 yang telah ditetapkan penganjur.

Iklan

Ini bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kontinjen terjamin.

"Selamat berjuang untuk Keluarga Malaysia!," katanya.

Iklan

Sidang video itu turut disertai oleh Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi.

Malaysia menyertai sembilan jenis sukan pada Paralimpik Tokyo 2020 yang bermula pada 24 Ogos hingga 5 September 2021.