MR D.I.Y. sumbang PPE bernilai RM432,000

Iklan
Wakil MR D.I.Y (kiri) memberikan PPE kepada wakil Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar iaitu Ketua Penyelia Jururawat, Norlin Alwai (dua dari kiri) sambil disaksikan Presiden MRA Johor, Siti Zubaidah Samat serta wakil MR D.I.Y.

SHAH ALAM – Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) menyumbangkan peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai lebih RM432,000 kepada 136 pusat perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kecemasan di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y. Group (M) Berhad, Adrian Ong berkata, inisiatif tersebut dijalankan melalui usaha sama dengan Malaysia Relief Agency (MRA) untuk memberikan sokongan kepada para petugas barisan hadapan dan mereka yang membantu menangani kesan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PPE tersebut disalurkan oleh rangkaian logistik milik MR D.I.Y kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), klinik kesihatan dan pusat kuarantin terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia.

"MRA membantu mengenal pasti perkhidmatan yang paling memerlukan bantuan dan akan mengatur pengedaran peralatan tersebut di Sabah dan Sarawak.

Iklan

"Pandemik ini sememangnya amat mencabar kepada pakar penjagaan kesihatan. Sebagai warga korporat yang prihatin terhadap tanggungjawab sosial, kami ingin membantu rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, program itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang ke-62 dilaksanakan oleh Kumpulan MR D.I.Y sejak pandemik Covid-19 bermula pada awal tahun 2020.

Iklan

Menurutnya, sepanjang tempoh setahun setengah, MR D.I.Y. telah memanfaatkan hubungannya dengan para pengilang tempatan dan global, rakan kongsi logistik antarabangsa dan rangkaian penghantaran seluruh negara miliknya.

"Hubungan bersama mereka bertujuan untuk memastikan bekalan barangan keperluan seperti PPE, pelitup muka, pelindung muka, apron pakai buang dan sebagainya dapat disalurkan kepada petugas barisan hadapan untuk penjagaan kesihatan, badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti yang terjejas di seluruh negara,” katanya.

Pada Mac lalu, MR D.I.Y. telah melancarkan inisiatif 'Stay Safe, Malaysia' yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia melalui usaha-usaha yang bermakna sepanjang pandemik.

MR D.I.Y juga memastikan operasi penjualannya mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan majoriti kakitangannya telah menerima vaksin.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang MR D.I.Y iaitu www.mrdiy.com, platform e-dagang, www.mrdiy.com.my dan saluran sosial medianya di Facebook dan Instagram.