10 bas jayakan MOVAK di Perlis, Kedah, Pulau Pinang
Iklan
Petugas pasukan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia melakukan vaksinasi kepada penduduk pada Program Outreach Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK). - Gambar fail
PUTRAJAYA - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyediakan 10 buah bas yang berfungsi sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak untuk melaksanakan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bermula Isnin sehingga 2 September depan.
Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, PPV bergerak itu akan memberikan manfaat kepada 7,500 penduduk di Perlis, 5,000 di Kedah dan 11,000 di Pulau Pinang.
Iklan
Iklan
"Peranan PR1MA ini diharap dapat membantu dalam meningkatkan kadar vaksinasi dengan memudahkan akses penduduk setempat kepada vaksin yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Shahidan berkata, PR1MA mendukung aspirasi negara dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melalui MOVAK yang merupakan inisiatif di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Iklan
Program MOVAK Perlis bermula Isnin sehingga Rabu (25 Ogos) di Dataran MPK Pauh; Dewan Felda Mata Ayer; Dewan Padang Semarak; Dewan Pusat Internet Batas Lintang Simpang Empat; Pusat Khidmat Kubang Gajah dan Dataran Mentalon.
Di Kedah program MOVAK dijalankan pada 27 dan 28 Ogos di Stadium Kulim; Dewan Bandar Laguna Merbuk, Sungai Petani dan Dewan Jitra, Kubang Pasu.
Iklan
Di Pulau Pinang pula, program dilaksanakan pada 30 Ogos hingga 2 September di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi (Seberang Perai Utara); Kompleks Sukan Jalan Betek (Seberang Perai Tengah); Stadium Batu Kawan (Seberang Perai Selatan); Stadium Bandaraya (Timur Laut) dan Dewan Perda Teluk Kumbar (Barat Daya). - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>