Kes Covid-19 di Laos meningkat babitkan kluster penjara

Iklan
Wilayah Savannakhet di selatan Laos mengalami lonjakan kes Covid-19 dengan lebih 100 kes penularan tempatan dilaporkan sejak beberapa hari lalu, kebanyakannya membabitkan banduan. -Gambar hiasan

VIENTIANE - Wilayah Savannakhet di selatan Laos mengalami lonjakan kes Covid-19 dengan lebih 100 kes penularan tempatan dilaporkan sejak beberapa hari lalu, kebanyakannya membabitkan banduan.

Banduan berkenaan dipercayai dijangkiti daripada seorang pegawai penjara, kata wakil gabenor wilayah itu, Lingthong Sengtavan, lapor Xinhua memetik Vientiane Times pada Isnin.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa wilayah telah menyediakan pusat kuarantin untuk menempatkan banduan yang dijangkiti virus itu, manakala yang negatif dipindahkan ke lokasi lain.

Jumlah kes Covid-19 di Laos meningkat kepada 12,621 pada Isnin selepas 152 lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menurut Kementerian Kesihatan.

Iklan

Setakat ini, sejumlah 8,305 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Dua kes pertama Covid-19 dilaporkan di Laos pada 24 Mac tahun lalu. - Bernama

Iklan