Penubuhan HTSCC tingkatkan kualiti servis

Iklan

PENERAJU kenderaan komersial tempatan, Hino Motors (Malaysia) Sdn Bhd menyifatkan penubuhan Pusat Sokongan Menyeluruh Hino (HTSCC) di Sendayan adalah salah satu daripada pemangkin untuk pelanggan dan syarikat bagi meningkatkan dari segi kos, julat dan kualiti perkhidmatan dalam perniagaan serta mendapatkan pengiktirafan keselamatan jalan raya.

Di Malaysia, HTSCC merupakan satu-satunya pusat latihan untuk industri kenderaan komersial dan pusat latihan Hino pertama yang dibina di luar negara di mana Hino melihat Malaysia mempunyai potensi untuk dibangunkan melalui sokongan berterusan kepada industri kenderaan komersial.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusan Hino Motor Sales (M) Sdn Bhd, Ken Iwamoto berkata, pusat yang dinaiktarafkan itu menguatkan komitmen syarikat untuk terus melabur di Malaysia dan berharap ia menjadi pemangkin kepada pelanggan tempatan dan rantau ini.

"Pusat latihan ini terbuka untuk pemandu trak atau kenderaan tugas berat yang dilatih dengan kaedah serta teknik pemanduan beretika bagi mengurangkan bilangan kemalangan, aduan serta saman dan yang paling penting untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kos perniagaan,” katanya.

Iklan

Beroperasi sejak 2015, HTSCC sentiasa mengemas kini programnya dan meningkatkan senarai kursus latihan mengikut keperluan industri.

Dalam pencapaian jangka panjang, Hino percaya Malaysia akan menjadi salah sebuah negara maju dengan catatan kes kemalangan dan risiko kecederaan jalan raya yang paling minimum.

Iklan