Cristiano Ronaldo berada di bangku simpanan cetus spekulasi

Iklan
Ronaldo. - Foto Reuters

CRISTIANO Ronaldo meningkatkan desas-desus perpindahannya selepas dipinggirkan Juventus dalam kesebelasan utama ketika bertemu Udinese, tetapi Massimiliano Allegri menegaskan keputusannya itu tiada salahnya.

Drama perpindahan bintang Portugal itu kembali hangat dan penggempur itu hampir muncul wira pasukannya dalam perlawanan pembukaan kempen Serie A awal pagi tadi.

Iklan
Iklan

Namun, video bantuan pengadil (VAR) kemudian membatalkan tandukan klinikalnya dan Juventus itu harus berpuas hati untuk seri 2-2 selepas dibayangi dua kesilapan penjaga gol, Wojciech Szczesny.

Szczesny mungkin sedikit bertuah memandangkan tumpuan utama terarah kepada Ronaldo.

Iklan

Buat pertama kalinya sejak berkelana ke Itali, Ronaldo telah memulakan dua perlawanan berturut-turut dari bangku simpanan termasuk ketika bertemu Bologna, Mei lalu.

Allegri, yang bertugas bagi penggal kedua sebagai pengurus The Old Lady selepas kegagalan Andrea Pirlo, membuat kejutan terhadap barisan terbaik taruhannya apabila Ronaldo hanya masuk selaku pemain gantian.

Iklan

Tindakan itu pantas mengundang spekulasi media utama Itali yang mengaitkan Ronaldo meminta untuk berpindah sebelum jendela perpindahan ditutup pada hujung bulan ini.

Allegri yang ditemui selepas perlawanan berkata bahawa keputusan itu diambil semata-mata atas pertimbangannya demi kepentingan pemain dan pasukan.

"Cristiano baik-baik saja, saya telah bercakap dengannya berdasarkan keadaan semua orang pada awal musim ini termasuk memikirkan perlawanan terutama pada awal kempen dan saya berkata kepadanya, 'anda diletakkan di bangku simpanan, dalam separuh masa kedua kami memerlukan anda',"kata Allegri.

Awani