'Luluskan Muda jika mahu bersama pulihkan negara'

Iklan
Mutalib Uthman

SHAH ALAM - Kerajaan perlu meluluskan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sekiranya ingin bersama dalam memulihkan keadaan negara.

Naib Presiden Muda, Mutalib Uthman berkata, ini kerana pada awalnya parti Muda telah mencadangkan supaya kerajaan dan pembangkang duduk semeja membincangkan isu negara.

Iklan
Iklan

"Tapi kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu, bila sudah mahu tumbang, barulah hendak buat ini semua,” katanya pada Ahad.

Pada petang Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menawarkan kerjasama dengan blok pembangkang menerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Iklan

Ismail Sabri berkata, tawaran itu selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu semua pihak bekerjasama sebagai satu pasukan.

Mutalib berlata, kerjasama bersama pembangkang itu diharapkan tidak seperti Jawatan Kuasa Khas Darurat yang telah dibentuk sebelum ini.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan melantik ahli Parlimen dari blok pembangkang untuk menjadi menteri.

"Baik Perdana Menteri lantik ahli Parlimen pembangkang jadi menteri. Baru betul Keluarga Malaysia.

"Kerajaan harus ikhlas dalam tawaran mereka. Tak mahulah jemput pembangkang pulihkan negara, tapi bila sebut hal peruntukan Parlimen, mereka dapat RM3 juta, kawasan pembangkang seduit pun tidak dapat sampai kena botakkan kepala,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, sekiranya Perdana Menteri menyatakan komitmen untuk mendengar dan memberi tumpuan kepada suara anak muda dalam menjayakan agenda besar pemulihan negara, undi 18 perlu dilaksanakan dengan segera.