Posmen komuniti ke kawasan pedalaman di Sarawak
Iklan
KUCHING - Pos Malaysia mewujudkan program Posmen Komuniti untuk membantu meningkatkan jalur penghantaran barang kiriman ke kawasan pedalaman di setiap bahagian di Sarawak, kata Ketua Pelan Transformasi Pos Sabah dan Sarawak Nasional (PTPSS) Jurina Abdul Wahab.
Beliau berkata terkini, sebanyak 493 pusat Posmen Komuniti telah memulakan operasi di Sabah dan Sarawak, termasuk 263 yang beroperasi di negeri ini.