Tiga maut nahas lima kenderaan di Sitiawan

Iklan
Nahas beberapa kenderaan di Kampung Sitiawan telah mengorbankan tiga mangsa. - Foto ihsan Bomba Perak

LUMUT - Seramai tiga individu maut manakala seorang cedera dalam nahas dipercayai membabitkan lima kenderaan di Kampung Sitiawan di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 5.28 petang.

"Setibanya di lokasi terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Preve, dua motosikal dan dua kenderaan lagi yang belum dikenal pasti.

Iklan

"Anggota diarahkan melakukan kawalan lalu lintas dan mendapati tiada mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

Anggota membantu mengalihkan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Sitiawan. - Foto ihsan Bomba Perak

"Anggota kemudiannya mengalihkan mangsa menggunakan pengusung dan memasukkannya ke dalam beg mayat selepas pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya.

Iklan

Menurutnya, anggota kemudiannya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan.