India lulus penggunaan kecemasan vaksin DNA pertama dunia

Iklan

AMMAN - Pengawal selia ubat-ubatan India meluluskan penggunaan kecemasan vaksin DNA pertama dunia untuk melawan virus Covid-19, lapor Agensi Berita Petra.

Menurut kajian awal pengeluar vaksin, Cadila Healthcare, vaksin tiga dos ZyCoV-D dilihat mampu mencegah penyakit simptomatik pada kadar 66 peratus dalam kalangan mereka yang telah diberi vaksin itu.

Iklan
Iklan

Syarikat itu merancang untuk mengeluarkan kira-kira 120 juta dos setiap tahun.

ZyCoV-D adalah vaksin kedua keluaran tempatan. -Bernama

Iklan

Iklan