Muhammad Aiman optimis PH kekalkan kerusi

Iklan
Muhammad Aiman ditemani Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas usai solat Jumaat di Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih hari ini.

SEMENYIH - Berbaki sehari lagi kempen Calon PH PRK DUN Semenyih, Muhammad Aiman Zainali optimis bahawa PH mempunyai potensi untuk mengekalkan kerusi berkenaan.

Katanya, ini berdasarkan sambutan hari-hari terakhir kempen PH yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk di sini.

Iklan
Iklan

"Sepanjang kempen kita dapat lihat mungkin pada awalnya momentum kepada PH agak perlahan, jadi dalam tiga empat hari terakhir ini kita dapat lihat momentum kita agak cepat berdasarkan kepada laporan yang kita terima.

"Penerimaan pengundi kepada PH sangat baik. Laporan itu positif dan kita tetap akan kempen di saat-saat akhir supaya kita dapat tarik pengundi untuk undi kita pada esok hari," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas solat Jumaat di Masjid Raja Muda Musa, di sini, hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut tegasnya, sikap optimis beliau itu berdasarkan gerak kerja jentera PH yang sangat baik dan teratur.

"Kita ini kerja kuat dengan turun ke kampung-kampung dan dari laporan yang kami dapat penerimaan sangat baik.

Iklan

"Harapan saya kepada pengundi Semenyih supaya buat keputusan yang bijak dan dapat beri manfaat dan kebaikan kepada rakyat. Jangan lupa datang awal untuk undian esok," katanya.