Bekas ADUN Perak meninggal dunia

Iklan
Saharuddin

IPOH - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong, Datuk Saharuddin Abdul Jabbar meninggal dunia di kediamannya di sini pada Jumaat.

Perkara itu disahkan oleh anak beliau, Muhammad Naim Al-Amin Saharuddin, 33, yang memaklumkan bahawa Allahyarham meninggal dunia ketika tidur kira-kira jam 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemergian Allahyarham mengejutkan ahli keluarga kerana tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

"Allahyarham sedang tidur dan ketika dikejutkan untuk solat Jumaat, dia sudah tiada.

Iklan

"Berita ini amat mengejutkan buat kami sekeluarga," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Allahyarham yang berusia 76 tahun meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

Iklan

Selain bekas wakil rakyat, Saharuddin merupakan Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perak.