95 mangsa banjir di Perak masih di PPS

Iklan
Gambar hiasan

IPOH - Seramai 95 mangsa banjir di Perak masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak dalam satu kenyataan menjelaskan, sehingga jam 9 pagi pada Jumaat, 28 keluarga mangsa banjir di daerah Larut, Matang dan Selama ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Matang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua mereka merupakan penduduk dari Kampung Sungai Rentaka Teluk Kertang, Kampung Jebong Kiri, Kampung Melawati dan Changkat Baru.

Jelasnya, sejumlah 88 mangsa banjir termasuk seorang bayi ditempatkan di PPS tersebut yang dibuka sejak Rabu.

Iklan

Sementara itu, di daerah Hilir Perak pula, seramai tujuh individu ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Teluk Intan sejak ia dibuka pada jam 8 malam Khamis.

Kesemua mangsa merupakan satu keluarga dari Batu 8, Changkat Jong, Teluk Intan.

Iklan