37 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Sebanyak 37 peratus atau 12,079,978 populasi negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 setakat Khamis, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu menerusi perkongsian infografik dalam Twitter rasminya memaklumkan setakat Khamis juga, seramai 17,806,570 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 29,886,548 dos.

Iklan
Iklan

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 517,692 dos diberikan pada Khamis dengan 180,810 adalah dos pertama manakala 336,882 merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama

Iklan

Iklan