Lotus’s fokus bantu golongan memerlukan

Iklan
Lotus’s telah berjaya mengumpul pendermaan dana yang melebihi RM300,000 dari 8,600 rakan-rakan sekerja Lotus’s.

SHAH ALAM - Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) melancarkan inisiatif pendanaan awam, #KitakanJiran Prihatin.

Presidennya, Kenneth Chuah berkata, dalam memanfaatkan semangat #kitakanjiran Lotus’s, pengumpulan dana itu bertujuan meningkatkan jangkauan masyarakat oleh Lotus’s yang telahpun dimulakan sejak awal Julai 2021 melalui pengedaran Kotak Prihatin Lotus’s kepada golongan kurang mampu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara penerimanya ialah kumpulan B40, gelandangan, rumah-rumah kebajikan dan mereka yang telah mengibarkan #benderaputih.

"Inisiatif Dana #KitakanJiran Prihatin yang dihoskan di platform pendanaan awam, Sedunia.me, mengajak semua rakyat Malaysia yang prihatin untuk menghasilkan perbezaan sepanjang bulan Merdeka ini dengan menyumbangkan bantuan wang.

Iklan

"Setiap sumbangan terkumpul sehingga RM50 akan menaja satu Kotak Prihatin yang dapat menampung sebuah keluarga yang dianggotai empat orang sekurang-kurangnya selama seminggu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenneth

Beliau berkata, Kotak Prihatin Lotus’s menyediakan makanan dan barangan keperluan seperti beras, tepung gandum, gula, minyak masak, sardin, bihun, bijirin madu dan pelitup muka pakai buang.

Iklan

Tambah beliau, pada bulan Julai sahaja Lotus’s telah dapat mengedarkan sebanyak 7,400 Kotak Prihatin kepada lebih dari 50 kes keperluan berikutan permintaan #benderaputih yang meluas.

"Sempena merdeka ini, kami berhasrat agar semangat prihatin dan perpaduan rakyat Malaysia bersama-sama dapat memberi bantuan kepada lebih ramai keluarga-keluarga yang memerlukan,” katanya.

Menurutnya, bermula sekarang sehingga akhir Oktober 2021, Lotus’s berhasrat untuk mengumpulkan sebanyak RM1 juta supaya dapat mengedarkan sebanyak 20,000 Kotak Prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik.

"Sebelum Dana #KitakanJiran Prihatin dilancarkan kepada orang ramai, Lotus’s telahpun berjaya mengumpul pendermaan dana yang melebihi RM300,000 dari 8,600 rakan-rakan sekerja Lotus’s.

"Apa yang lebih menarik mengenai dana #KitakanJiran Prihatin ialah fungsi ‘Boost’ yang terdapat di platform pendanaan awam Sedunia.me yang membolehkan orang ramai menjalankan kempen pengumpulan dana mini mereka sendiri untuk membantu menyokong kempen utama,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya ‘Boost’ akan memberikan mereka fleksibiliti untuk menentukan dana yang mereka ingin kumpulkan dan URL unik yang dapat mereka kongsikan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Wakil (kanan) memberikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

Katanya, semua sumbangan yang dikumpulkan melalui kempen pengumpulan dana sokongan ‘Boost’ akan dimasukkan ke dalam dana keseluruhan #KitakanJiran Prihatin dan akan ditukarkan menjadi Kotak Prihatin untuk keluarga-keluarga dan individu-individu yang memerlukan.

Sebelum Dana #KitakanJiran Prihatin dilancarkan kepada orang ramai, Lotus’s telahpun berjaya mengumpul pendermaan dana yang melebihi RM300,000 dari 8,600 rakan-rakan sekerja Lotus’s.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut dan berminat untuk menyumbang ke dalam Dana #KitakanJiran Prihatin boleh pergi ke laman web https://www.sedunia.me/campaigns/kita-kan-jiran-prihatin-fund/about.