SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan Insentif Sinaran Merdeka bagi menggalakkan pengguna komersial menerangi bangunan dan kawasan persekitaran mereka dengan lampu hiasan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 tahun ini.
TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, insentif yang diberikan sejak tahun 2000 ditawarkan kepada semua pengguna di bawah tarif perdagangan (tariff B, C1 dan C2) yang telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun (sebelum 1 Ogos 2020), untuk tempoh dua bulan iaitu Ogos dan September 2021.