Peguam Negara Israel mahu dakwa Netanyahu

Iklan
Benjamin Netanyahu. - Foto ABC NEWS

TEL AVIV - Peguam Negara Israel dilapor berhasrat mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atas tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah berhubung tiga siasatan berasingan melibatkan kes rasuah.

Dalam satu kenyataan semalam, Avichai Mandelblit berkata, Netanyahu berpeluang mempertahankan diri sebelum tuduhan rasmi difailkan.

Iklan
Iklan

Berhubung Kes 1000, Netanyahu disyaki menerima hadiah dari ahli perniagaan luar negara, sementara dalam Kes 2000 perdana menteri berkenaan disiasat berkaitan rasuah melibatkan media, apabila membantu membantu akhbar Yediot Aharonot menentang pesaingnya Yisrael Hayom, sebagai balasan Netanyahu menerima liputan meluas akhbar Yediot Aharonot.

Sementara Kes 3000 melibatkan siasatan berhubung pembelian kapal selam berkebolehan nuklear daripada syarikat perkapalan Jerman, ThyssenKrupp.

Iklan

Netanyahu, yang telah memegang tampuk pemerintahan Israel selama 13 tahun sering menafikan terlibat dalam sebarang amalan rasuah dan beliau dengan yakin berkata, ketiga-tiga kes berkenaan tidak akan memberi kesan terhadapnya.

Beliau turut menganggap segala tuduhan yang dilemparkan adalah bertujuan menjatuhkan karier politiknya.

Iklan

Namun, pengumuman Mandelblit sedikit sebanyak mungkin memberi kesan kepada kempen Netanyahu menjelang Pilihan Raya Umum 9 April ini.- Press TV/ AFP