Kes varian Delta di Sarawak naik mendadak: IHCM
Iklan
KUCHING- Kadar pengesanan keseluruhan kes positif Covid-19 varian Delta di Sarawak telah meningkat secara mendadak melebihi 73 peratus dari 50 peratus setakat 3 Ogos 2021.
Pengarah Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) Prof Dr David Perera mendedahkan di bahagian Kuching sahaja kadar pengesanan kes varian Delta mencapai 90 peratus.
"Varian Delta juga dikesan di beberapa daerah lain di Bay, Lundu, Kota Samataran, Simunjan, Miri, and Bintulu. Sementara enam kes varian Delta dikesan di Sibu,” katanya menerusi laporan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.