MBSA buka kaunter pandu lalu, pejabat cawangan sepanjang Ogos
Iklan
SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka perkhidmatan kaunter pandu lalu di Wisma MBSA dan Pejabat Cawangannya sepanjang bulan ini.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kaunter pandu lalu di Wisma MBSA dan Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning serta Pejabat Cawangan Setia Alam mula beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, mulai jam 9 pagi sehingga 5 petang.