Mahfuz hantar SD sokong Anwar jadi PM esok
Iklan
Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar akan menghantar surat akuan (SD) menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan esok.
Ahli Parlimen Sena itu berkata, ia sebagaimana keputusan yang diputuskan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Saya baru dapat surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat tentang arahan untuk membuat SD memilih calon Perdana Menteri kesembilan.
"Saya akan hantar SD itu esok," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Iklan
Menurut beliau, Amanah tidak mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan pilihan calon Perdana Menteri kerana mesyuarat mengenainya telah diadakan lebih awal iaitu sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan lagi.
Ditanya tentang spekulasi bahawa Anwar yang juga Pengerusi PH telah mendapat angka sokongan mencukupi daripada beberapa parti dan ahli Parlimen fraksi Perikatan Nasional (PN) untuk dipilih sebagai Perdana Menteri baharu, Mahfuz berkata, perkara itu di luar pengetahuannya.
Iklan
"Tapi yang penting kita nak Datuk Seri Anwar jadi Perdana Menteri dan ia adalah calon Perdana Menteri pilihan Amanah," katanya.
Sementara itu, Mahfuz berkata, keputusan hasil pertemuan ketua parti dengan Yang di-Pertuan Agong masih belum diketahui.
"Saya masih belum mendapat maklumat mengenainya," katanya.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan semua ketua-ketua parti atau wakil dipanggil untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa.
Amanah diwakili Presidennya, Mohamad Sabu menghadiri pertemuan itu selain Anwar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng dan pemimpin-pemimpin parti lain.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>