Kerajaan Selangor sedia khidmat kaunseling ketika PKP
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyediakan Pusat Kaunseling Selangor - Talian Sahabat (PKS - TS) yang menawarkan bantuan kaunseling kepada sesiapa sahaja yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan berikutan isu tekanan mental yang amat membimbangkan akibat pandemik dan pelaksanaan PKP baru-baru ini.