KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Asmayani Khalib dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia yang baharu, berkuat kuasa pada Selasa.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook beliau memaklumkan, pelantikan Dr Asmayani adalah bagi menggantikan Datuk Dr Norhizan Ismail yang bersara wajib pada Selasa.