Bekas Pengarah Pengurusan Bukit Aman meninggal dunia

Iklan

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia di sini pada Selasa.

Abdul Ghafar, 63, yang dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lepas, meninggal dunia dalam tidur pada jam 5.30 pagi.

Iklan
Iklan

Anaknya, Inspektor Mohd Qassim Abdul Ghafar ketika dihubungi Bernama berkata, bapanya yang menghidap kanser kerap dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Abdul Ghafar yang berkhidmat selama 39 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya Ketua Polis Pulau Pinang, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman sebelum bersara wajib pada Julai 2018.

Iklan

Allahyarham yang berasal dari Pontian, Johor meninggalkan seorang isteri dan tujuh anak. Jenazah disembahyangkan di Masjid Bukit Aman dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Persint 20, Putrajaya.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menerusi hantaran dalam akaun rasmi Facebook PDRM mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham. - Bernama

Iklan