Covid-19: Lebih 28 juta dos vaksin diberikan setakat Isnin
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 28,312,631 dos vaksin Covid-19 telah diberikan setakat Isnin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya memaklumkan, jumlah yang menerima dos pertama ialah 17,252,314 orang, manakala 11,060,317 orang menerima dos kedua.