Kanak-kanak Palestin berhak dapat jaminan keselamatan, pendidikan
Iklan
RAMALLAH - Penyelaras Kemanusiaan dan Penempatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di wilayah Palestin yang diceroboh, Lynn Hastings, pada Isnin berkata, selain pendidikan kanak-kanak Palestin layak untuk menikmati kehidupan yang selamat dan sejahtera.
"Kanak-kanak tidak hanya punya hak untuk dapat pendidikan tetapi mereka juga perlu dilindungi di bawah hak asasi manusia antarabangsa memandangkan keadaan mereka yang terdedah kepada bahaya," kata Hastings dalam satu kenyataan.