'Saya akan jalankan tanggungjawab sebagai PM Sementara bantu negara'
Iklan
Muhyiddin mengaminkan doa sebelum meninggalkan pejabatnya pada hari terakhir beliau bertugas sebagai Perdana Menteri, pada Isnin. -Foto Bernama
PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin berkata, beliau akan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Sementara, sebagaimana yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Ia adalah tugas yang terhormat, dan saya akan terus jalankan tugas sebagai perdana menteri (sementara) bagi membantu negara,” katanya dalam satu pertemuan dengan para editor kanan media di pejabat Perdana Menteri di sini.
Iklan
Iklan
Muhyiddin yang menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri tengah hari tadi kepada Yang di-Pertuan Agong berkata, beliau akan memikul tanggungjawab itu dan berharap lantikan penggantinya dibuat secepat mungkin.
Mengulas lanjut, katanya apabila Yang di-Pertuan Agong meminta beliau meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri Sementara, Muhyiddin berkata, beliau terus merujuk kepada Peguam Negara mengenai bidang tugas itu.
Iklan
"Saya telah mendapatkan pandangan Peguam Negara yang kemudiannya menyatakan bahawa saya boleh menjalankan fungsi eksekutif dan menasihati Yang di-Pertuan Agong sehingga perdana menteri yang baharu dilantik.
Apabila ditanya sama ada barisan jemaah menteri akan dikekalkan sebagai Kabinet Sementara, Muhyiddin berkata, setahunya hanya beliau seorang yang akan menjalankan tugas.
Iklan
"It is a one man show," katanya secara berseloroh.
Mengenai tanggungjawab dan kuasa sebagai Perdana Menteri Sementara, Muhyiddin berkata, ada keterbatasan kuasa, tidak seperti sebelum ini (menjadi Perdana Menteri).
"Sebagai contoh, saya tidak boleh tanda tangan cek bernilai RM1 billion. Saya perlu rujuk dan ikut nasihat Peguam Negara," tambah beliau. - Bernama
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.