Muhyiddin tak pernah sebut letak jawatan
Iklan
Muhyiddin Yassin dan Mohamed Farid Mohamed Zawawi (kanan).
KOTA BHARU - Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyebut akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebaliknya mahu memperkukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Muhyiddin sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan inginkan negara segera pulih daripada Covid-19.
Iklan
Iklan
Katanya yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu, dalam tempoh 17 bulan ini, Perdana Menteri mengumumkan bantuan berjumlah RM530 bilion bagi pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi semasa pandemik.
"Bantuan kepada 32 juta penduduk negara ini satu angka yang sangat besar membuktikan beliau sentiasa mengutamakan dan membantu rakyat.
Iklan
"Misalnya di Indonesia 275 juta rakyat hanya RM20 bilion dibelanjakan kerajaan negara itu untuk membantu rakyat mereka,” katanya kepada pemberita pada Ahad.
Mohamed Farid (kiri) menyampaikan sumbangan makanan kepada salah seorang penerima Che Yussoff Che Amat, 57, pada Program Penyampaian Bakul Makanan dan Menyantuni Penduduk Berek 12, di Kota Bharu pada Ahad.
Beliau berkata demikian selepas Program Penyampaian Bakul Makanan dan Menyantuni Penduduk Berek 12, di sini.
Iklan
Mengulas lanjut, Mohamed Farid berkata, berbanding semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya memberikan bantuan RM30 Program e-Tunai Rakyat semasa pemerintahan mereka pada Januari tahun lalu.
"Rakyat dianaktirikan kerana mereka (ahli politik) lebih pentingkan diri mereka sendiri, agenda peribadi dan berebut kuasa.
"Kami tidak faham kenapa mereka begitu kuat berpolitik supaya Perdana Menteri ‘gugur’ sedangkan negara masih berdepan Covid-19 dan pada masa kerajaan berusaha membantu rakyat,” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil