KUALA LUMPUR - Seorang pekerja syarikat pembaikan jalan maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Mahameru di sini pada awal pagi Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kesemua mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan jalan.