HRPZ II sedia dua wad khas rawat ibu hamil positif Covid-19
Iklan
KOTA BHARU - Dua buah wad khas disediakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk difokuskan kepada 40 ibu hamil yang dijangkiti Covid-19 di negeri ini.
Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, di antara usia kandungan ibu hamil tersebut adalah melebihi 27 minggu dan mereka berdepan Covid-19 daripada kategori dua hingga tiga.