Muhyiddin jumpa Abdul Hadi

Iklan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) ketika mengadakan pertemuan lebih satu jam bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) di Rusila pada Khamis. - Foto Bernama

MARANG - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Khamis.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiba di kediaman Abdul Hadi di Rusila di sini pada jam 5 petang diiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Iklan
Iklan

Ketibaan mereka disambut anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok.

Muhyiddin meluangkan masa bersama Abdul Hadi kira-kira satu jam sebelum dilihat meninggalkan kediaman Ahli Parlimen Marang itu pada jam 6.10 petang.

Iklan

Tidak diketahui isi perbincangan pertemuan kedua-dua pemimpin itu, namun dipercayai ada kaitan susulan perjumpaan Muhyiddin dengan ketua-ketua parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin sebelum itu hadir meninjau proses pemberian vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu.

Iklan

Ketika ditanya media tentang hasrat beliau untuk berkunjung ke kediaman Abdul Hadi, Muhyiddin menjelaskan ia sekadar kunjungan biasa.

"Pertemuan biasa saja sebab sudah lama tidak jumpa. Nak ziarah sebab kita tahu tok guru Abdul Hadi tidak berapa sihat. Sudah lama tidak jumpa, kali terakhir di hospital sebelum balik sini.

"Menteri Besar beritahu (Abdul Hadi) sudah bertambah sihat. Mudah-mudahan bertambah sihat dan kembali bekerja untuk parti dan negara," katanya.