Perdana Menteri hadir sidang DUN Johor

Iklan
Pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14 hari ini akan disempurnakan oleh titah ucapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.(Gambar kecil: Muhyiddin)

ISKANDAR PUTERI - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail di sini, pada Khamis.

Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir itu tiba pada jam 9.30 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) duduk di barisan sama dengan dua bekas Menteri Besar Johor iaitu Datuk Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dan Datuk Dr Sahruddin Jamal (Bersatu-Bukit Kepong).

Muhyiddin pernah menjadi Menteri Besar Johor ke-13 pada 1986 hingga 1995 selepas memenangi kerusi DUN Bukit Serampang.

Iklan

Pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14 hari ini akan disempurnakan oleh titah ucapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Johor menjadi negeri pertama mengadakannya selepas Parlimen bersidang pada 26 Julai lalu.

Iklan

Sidang DUN kali ini mencuri tumpuan susulan ketegangan politik di peringkat pusat susulan penarikan sokongan UMNO kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 3 Ogos lalu.

DUN Johor yang memiliki 56 kerusi dengan Umno dan DAP masing-masing mempunyai 14 kerusi, Bersatu (12), MIC (dua), PAS (satu), Amanah (enam) dan PKR (tujuh).

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memiliki 29 kerusi, manakala blok pembangkang dengan 27 kerusi DUN.

Kerajaan negeri memiliki majoriti tipis dengan 29 kerusi, berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.