Djokovic tidak ke Cincinnati
Iklan
PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic mengesahkan menarik diri dari kejuaraan Terbuka Western & Southern di Cincinnati apabila menegaskan beliau memerlukan masa untuk kembali ke prestasi sebenar selepas meraih tiga kejuaraan Grand Slam dan saingan Tokyo 2020.
"Saya memerlukan sedikit masa untuk kembali cergas selepas mengharungi kalender padat sejak dari Terbuka Australia sehingga ke Tokyo 2020 yang berakhir pada Ahad lalu.