Covid-19: New Zealand lapor tiga kes import

Iklan
New Zealand setakat ini merekodkan 2,546 kes Covid-19. - Foto 123RF

WELLINGTON - New Zealand pada Selasa melaporkan tiga kes baharu Covid-19 membabitkan kes import dan tiada kes penularan tempatan dilaporkan.

Tiga kes import itu melibatkan mereka yang pulang dari Singapura serta Australia dan masih menjalani kuarantin di Auckland, menurut Agensi Berita Xinhua memetik Kementerian Kesihatan.

Iklan
Iklan

Setakat ini jumlah kes aktif di New Zealand ialah seramai 37 dan jumlah kes disahkan sebanyak 2,546.

Sementara itu, dalam tempoh seminggu kes baharu yang dikesan di sempadan adalah empat. - Bernama

Iklan
Iklan