Suami disyaki bunuh isteri direman seminggu

Iklan
Hasron Nazri

GOPENG - [DIKEMAS KINI] Suami kepada wanita warga emas yang ditemui mati dengan kesan kelar di Taman Desa Cahaya di sini pada Isnin ditahan reman selama seminggu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, lelaki berusia 72 tahun itu direman bermula Selasa sehingga 16 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Suspek tiada rekod lampau namun ujian urin dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan

Pada Isnin Sinar Harian melaporkan seorang wanita berusia 74 tahun ditemui mati di atas katil di sebuah bilik di tingkat bawah rumah itu oleh cucunya kira-kira jam 7.30 pagi dengan kesan kelar di leher dipercayai dibunuh oleh suaminya.

Mangsa yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lumpuh separuh badan tinggal berdua bersama suaminya di rumah berkenaan.

Cucu lelaki mangsa berusia 26 tahun memaklumkan telah menerima panggilan daripada datuknya mengatakan bahawa neneknya telah meninggal dunia.

Iklan

Polis telah menahan suami mangsa serta merampas senjata ditemui iaitu sebilah pisau berulu kayu untuk siasatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas ditahan bunuh, kelar isteri