Penganggur didakwa cederakan adik dengan pinggan kaca

Iklan
Tertuduh, Ahmad Kamal Mohamad, 27, mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan ke atas adik perempuannya.

KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap adik perempuannya.

Bagaimanapun tertuduh, Ahmad Kamal Mohamad, 27, dari Perumahan Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Nerus, mengaku tidak bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa, Norfatihah Mohamad, 26, dengan menggunakan pinggan kaca, di sebuah rumah di Taman Perumahan Telaga Daing 1, Seberang Takir, Kuala Nerus, kira-kira jam 8 malam, pada 25 Februari lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara bagi suatu tempoh dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah dihadapan Hakim Azman Mustapha.

Mahkamah seterusnya menetapkan 14 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Iklan

Sementara itu, jaminan tidak ditawarkan kerana kes berkenaan dikategorikan antara kes berat selain membabitkan keselamatan mangsa dan keluarga.

Semalam, Sinar Harian ada melaporkan seorang abang sanggup menghentak kepala adiknya itu dengan pinggan kaca hanya kerana tidak tahan mendengar suara bising adik perempuannya yang bersembang dengan ibunya.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala kemudian dihantar ke Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ), di sini, bagi rawatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan bunyi bising, abang hentak kepala adik dengan pinggan kaca