Subsidi jemaah haji muassasah kali pertama kekal
Iklan
KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan menanggung semua subsidi bagi jemaah haji muassasah kali pertama termasuk yang membuat rayuan untuk menunaikan haji tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dalam kenyataan media hari ini berkata, keputusan itu dicapai selepas beberapa perbincangan bersama Lembaga Pengarah TH.