Ramai saksi pengebumian Siti Sarah

Iklan
Suasana di perkarangan kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak dipenuhi orang ramai melihat perjalanan terakhir Allahyarham Siti Sarah

GOMBAK - Kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak dipenuhi orang ramai yang ingin menyaksikan pengebumian jenazah usahawan dan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan pintu masuk dan pagar dipenuhi orang ramai sejak jam 12.30 tengah hari lagi.

Iklan
Iklan

Jenazah Siti Sarah dikebumikan bersebelahan pusara ibunya Allahyarham Noor Aini Mohamad.

Siti Sarah, 36, yang juga isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad meninggal dunia di HUKM di sini awal pagi tadi setelah beberapa hari bertarung melawan Covid-19.

Iklan

Penyanyi itu dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu akibat jangkitan virus itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Shuib menerusi satu muat naik di akaun Instagramnya hari ini (Isnin)

Iklan