'Kerajaan PN perlu dipertahankan'
Iklan
Dari kiri Ahmad Bashawir, Muhammad Sanusi dan Halimatun Saadiah selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Outreach UUM, Sintok pada Sabtu.
SINTOK - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dipertahankan kerana sedang berusaha untuk membendung penularan pandemik Covid-19 di negara ini sejak setahun yang lalu.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua pihak perlu menumpukan usaha kepada pemulihan negara berdasarkan langkah-langkah yang sedang digerakkan oleh kerajaan sejak lebih setahun lalu.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, jika berlaku perubahan kerajaan, langkah-langkah pemulihan negara yang dilaksanakan bakal terganggu.
"Kalau kita lantik orang baharu untuk menguasai bidang yang sangat teknikal ini, bayangkan orang baharu ambil masa nak faham. Di sini berapa banyak masa dibuang dan berapa banyak kesilapan yang akan dibuat.
Iklan
"Bayangkan bagaimana yang baharu nak jawat jawatan penting seperti Menteri kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
"Saya harap yang ada ini terus berkhidmat kerana sebelum ini sudah mengambil masa untuk memahami senario Covid-19 yang sentiasa berubah-ubah," katanya pada sidang akhbar pada Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach UUM dekat sini pada Sabtu.
Iklan
Hadir sama, Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani; Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo dan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan Kedah, Halimatun Saadiah Saad.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, semua negara kini berdepan dengan gelombang pandemik yang berubah-ubah sehingga menyaksikan banyak langkah diambil bagi menanganinya.
"Ada kata mengapa kes di Malaysia kembali meningkat walaupun pelbagai kaedah dilakukan, sebenarnya hal sama berlaku di seluruh dunia termasuk negara-negara maju.
"Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat yang sebelum ini dibuka kembali berkurung disebabkan oleh Covid-19 malah China juga sama.
"Jepun juga sama apabila terpaksa menganjurkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 tanpa penonton selepas menyaksikan peningkatan kes Covid-19 di negara tersebut," katanya.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.