Beli kit ujian kendiri Covid-19 hanya diluluskan MDA
Iklan
PUTRAJAYA - Orang ramai yang berhasrat membeli kit ujian kendiri Covid-19 disaran supaya membuat rujukan di laman sesawang rasmi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) di pautan https://portal.mda.gov.my/ terlebih dahulu bagi mendapatkan senarai syarikat dan produk yang telah diluluskan oleh MDA bagi pengedaran dan penjualan kit berkenaan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang membuat saranan itu berkata baru-baru ini pihaknya telah menyiasat aduan seorang pengguna yang membeli kit ujian kendiri Covid-19 pada harga RM60 seunit di sebuah farmasi di Terengganu, dan siasatan mendapati bekalan kit itu diambil dari sebuah farmasi di Pahang.