UMNO Johor nafi putus hubungan dengan Bersatu, Pas
Iklan
UMNO Johor menafikan sudah memutuskan hubungan dengan Bersatu dan Perdana Menteri serta akan bentuk kerajaan negeri baharu.
JOHOR BAHRU - UMNO Johor menafikan sudah memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Johor (Bersatu) dan Perdana Menteri serta akan bentuk kerajaan negeri baharu seperti yang tular dalam media sosial ketika ini.
UMNO Johor menerusi Facebook rasmi mereka memberitahu, Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Iklan
Iklan
"UMNO Johor menafikan sekeras-kerasnya dan kenyataan yang tersebar dalam media sosial itu adalah palsu," demikian menurut kenyataan tersebut yang dimuat naik pada Jumaat.
Sejak Jumaat kenyataan dengan kepala surat UMNO Johor tersebut tersebar yang memberitahu pihaknya sudah memutuskan untuk setia dan menghormati keputusan Presiden UMNO yang memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.
Iklan
Menurut kenyataan berkenaan, UMNO Johor mengisytiharkan tiada hubungan dengan Bersatu dan Pas.
Kenyataan itu turut mendakwa, bagi memastikan UMNO Johor terus menjadi kerajaan diketuai parti tersebut, UMNO Johor kini sedang berunding dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Iklan
Begitu juga Exco kerajaan negeri, ahli majlis dan sesiapa yang memegang jawatan daripada Bersatu dan Pas wajib meletak jawatan segera susulan keputusan tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>