Merangsang cita-cita anak: Dr Sheikh Muzaffar Shukor

Iklan
muzafar

ADALAH penting untuk anak anda mempunyai cita-cita tinggi, sama ada menjadi seorang doktor, saintis, jurutera atau angkasawan.

Jadi ibu bapa perlu bimbing ke arah itu dengan membeli buku untuk merangsang mereka.

Iklan
Iklan

Itulah pesanan dari Angkasawan Pertama Negara Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor.

Figura yang cukup hebat itu, bukan sahaja menjadi rakyat Malaysia pertama terbang ke angkasa lepas, malah bapa empat cahaya mata itu cukup mengambil berat soal pendidikan anak-anaknya walaupun mereka masih kecil.

Iklan

Perkara itu dikongsikan di Instagram (IG) miliknya yang turut memuat naik sedutan video dua anak gadisnya, Sophea Isabella, 8 dan Sophea Natasha, 7, yang seronok bercerita berkenaan cita-cita mereka.

"Saya mahu semua anak saya menjadi doktor. Saya membelinya banyak buku mengenai tubuh manusia, eksperimen kanak-kanak dan membawa mereka ke tempat kerja kami dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada mereka.

muzafar2

Iklan

"Saya menyediakan mereka dari usia yang sangat muda untuk mencintai Matematik dan Sains.

Bahasa Inggeris juga penting. Kami bercakap Bahasa Melayu dan Inggeris di rumah.

"Tetapi kami mahu anak-anak perempuan mempunyai asas yang kuat dalam Matematik dan Bahasa Inggeris untuk menikmati impian mereka menjadi doktor. Pediatrik untuk Bella dan Kardiologi untuk Tasha," tulisnya.

Perkara itu turut menarik perhatian netizen, telah ditonton oleh lebih 62,000 views dan rata-rata kagum cara Dr Sheikh Muzaffar dan isterinya, Dr Halina Mohd Yunos dalam mendidik anak-anak mereka.